PUTRAJAYA – Tiada sebarang pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berhubung pembentukan barisan Kabinet baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu pemakluman ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada media.
“Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang hari ini.
Menerusi sesi menghadap yang berlangsung selama sejam 30 minit bermula pukul 11 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929