fbpx

Banjir di Perak beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan JPS Perak dan Perlis sedang memasang satu unit pam di Kampung Selekoh di Kerian bagi mempercepatkan pengaliran air keluar di kawasan yang ditengggelami banjir.

IPOH – Keadaan banjir di negeri semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 193 orang membabitkan 50 keluarga.

Semalam, jumlah mangsa yang ditempatkan adalah melibatkan 241 orang daripada 66 keluarga.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 22 mangsa banjir daripada tujuh keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

“Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, masih kekal 111 orang (26 keluarga).

“Bilangan mangsa banjir berada di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 60 orang (17 keluarga),” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian telah menerima dua unit pam bergerak yang dipinjamkan JPS negeri Perlis dalam usaha untuk mempercepatkan pengaliran air di kawasan yang tenggelam banjir.

Satu unit pam ini telah diaktifkan di kawasan Kampung Selekoh di Kerian sebagai tambahan pada kapasiti empat unit pam sedia ada. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI