fbpx

Andi Bernadee minta netizen berhenti fitnah rakan artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI BERNADEE mohon netizen henti buat spekulasi tentang nama individu terbabit dalam kes songlap duitnya seperti yang dilaporkan kepada polis semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi Andi Bernadee menggesa semua pihak, khususnya netizen agar berhenti menabur fitnah dan menuduh beberapa rakan artis terbabit dalam kes pecah amanah RM70,000 seperti yang dilaporkannya semalam.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 30, memberitahu dia terkejut apabila terdapat beberapa nama rakan artis menjadi mangsa fitnah netizen berkaitan kes tersebut.

“Salam semua, hari ini saya dikejutkan apabila ada rakan-rakan artis yang telah dituduh berikutidan kes ‘pecah amanah’ saya.

“Saya mohon kepada Jabatan Netizen hentikan aktiviti fitnah ini untuk mengisi masa lapang. Saya sudah serahkan semuanya kepada pihak polis dan peguam,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Donde itu berharap semua pihak dapat mendoakan urusan kes tersebut berjaln lancar sekaligus menegakkan keadilan bagi pihaknya.

“Doakan saya agar dapat tegakkan kebenaran dan hak saya selepas berhempas pulas demi mencari rezeki buat diri serta keluarga,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Andi membuat laporan polis terhadap seorang individu didakwa melakukan pecah amanah wang miliknya sebanyak RM70,000.

Pelantun lagu Penat yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam memberitahu, wang tersebut ialah hasil pendapatan daripada dua projek membabitkan pelanggan besar pada tahun ini.

Pagi tadi, syarikat pengurusan Andi iaitu Warner Music Malaysia menafikan penglibatan penyanyi Amir Hassan terlibat dalam kes ‘songlap duit’ seperti yang dilaporkan.

“Akaun Instagram Amir telah diserang oleh sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh oleh netizen,” memetik kenyataan Warner. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI