fbpx

Agihan telefon percuma akan diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cadangan dipertimbangkan untuk memperluaskan agihan telefon pintar percuma menerusi program TCS kepada pelajar tingkatan enam dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). - Gambar hiasan

IPOH – Pertimbangan diberi untuk memperluaskan agihan telefon pintar percuma menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) kepada pelajar tingkatan enam dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohammed Daud berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk mengembangkan pemberian telefon pintar berkenaan kepada pelajar terlibat.

“Kita akan cuba memikirkan bagaimana cara untuk mengembangkan pemberian telefon pintar TCS ini terus kepada pelajar SABK, tingkatan enam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang bakal menghadapi peperiksaan tahun 2021 dan 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khairudin Abu Hanipah (UMNO-Belanja) ketika sesi soalan lisan pada Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Menurut Ahmad Saidi, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui pusat khidmat masing-masing telah memulakan inisiatif berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Saidi turut memaklumkan sebanyak 11,000 unit telefon pintar sumbangan Yayasan YTL kepada kerajaan negeri telah diedarkan kepada pelajar B40 bermulai Julai sehingga kini.

Katanya baki 9,000 unit akan diberi secara berperingkat-peringkat bermula bulan hadapan sehingga penghujung Disember ini melalui pusat khidmat ADUN masing-masing. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI