fbpx

47 ‘parut’ dikesan pada Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah menunjukkan peta lokasi kejadian aliran puing yang berlaku di Gunung Jerai pada minggu lalu.

ALOR SETAR – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sehingga kini mengenal pasti 47 lokasi tanah runtuh atau ‘parut’ di puncak serta lereng Gunung Jerai di Yan dekat sini yang dipercayai menjadi antara punca berlakunya fenomena aliran puing pada minggu lalu.

Pengarah JMG Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman berkata, sebahagian besar lokasi tanah runtuh itu dikesan di lokasi yang terjejas teruk iaitu di kawasan peranginan Titi Hayun dan Batu Hampar.

Katanya, jumlah keseluruhan runtuhan belum dikenal pasti kerana masih ada beberapa kawasan lain khususnya di Tupah yang belum diterokai.

“Lokasi tanah runtuh yang dikesan ialah 25 di Titi Hayun, masing-masing 10 di Batu Hampar dan kawasan puncak Gunung Jerai serta dua lagi di Tanjung Jaga dan Lembah Bujang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI