fbpx

1,842 pemandu perbaharui lesen secara pandu lalu di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra (kiri) bersama Eddie memasang bendera pada kenderaan JPJ di Pejabat JPJ Kelantan, hari ini.

KOTA BHARU – Sebanyak 1,842 kenderaan masuk ke kaunter pandu lalu untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Panji di sini sejak perkhidmatan itu diperkenalkan kira-kira dua minggu lalu.

Orang ramai mengambil langkah itu apabila kerajaan tidak melanjutkan tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) selepas 31 Ogos ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, orang ramai dilihat mengambil peluang dalam tempoh yang ada untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan bagi mengelak dikenakan tindakan kompaun.

Menurutnya, JPJ Kelantan mengutip sebanyak RM140,600 melalui pelbagai bayaran di kaunter pandu lalu sejak 15 Ogos lalu.

“Tempoh tamat moratorium berbaki lima hari lagi dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pemandu kenderaan yang hadir ke JPJ Kelantan sanggup berbaris panjang untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan.

“Perkhidmatan pandu lalu ini memudahkan pelbagai pihak apabila mereka tidak perlu membuat janji temu perkara melibatkan kaunter di JPJ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan agihan Jalur Gemilang di pekarangan JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Hadir sama, komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Eddie Hamid turut menyerahkan 500 Jalur Gemilang untuk diagihkan kepada orang ramai yang hadir ke JPJ menerusi kaunter pandu lalu. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI