fbpx

17 individu dikompaun ‘dine-in’ lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Seramai 16 pengunjung dan seorang pengusaha sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini dikompaun berjumlah RM42,000 selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pada pemeriksaan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis mendapati pihak berkenaan menjalankan dan terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine-in’ melebihi masa yang ditetapkan.

“Seramai 16 pengunjung lelaki dan seorang wanita pengusaha premis ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Pengunjung berkenaan masing-masing dikompaun RM2,000, manakala pengusaha premis dikompaun RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafee, mereka didapati melakukan kesalahan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI