PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membalas email palsu berkenaan vaksinasi yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan melalui [email protected].
KKM menerusi satu kenyataan di Facebooknya menyatakan agar orang ramai tidak membalas sebarang e-mel yang menggunakan [email protected] itu.
“Sekiranya anda menerima e-mel itu, anda dinasihatkan supaya tidak menjawabnya.
“Ini kerana dikhuatiri adalah spam atau penipuan,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, KKM menggesa orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dalam menjawab sebarang mesej yang diterima agar supaya tidak menjadi mangsa penipuan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929