fbpx

Wanita bangga jadi antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang wanita yang bangga apabila berkongsi gambar resit pembelian di sebuah pasar raya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang berbangga masuk ke sebuah pasar raya tanpa mempunyai dua dos vaksinasi Covid-19 dikecam ramai semalam.

Wanita itu yang memuat naik posting di Facebook menggunakan nama @PuanEdaOthman berkongsi gambar resit pembelian di sebuah pasar raya dengan bangga membeli di situ tanpa suntikan vaksinasi.

Setakat ini kerajaan tidak mengenakan syarat memasuki pasar raya perlu dua dos suntikan vaksinasi sebaliknya orang ramai perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi hanya ketika masuk pusat membeli-belah dan dine ini.

“Rugi kalau tak bagi kami masuk, berapa banyak kami boleh bantu ekonomi negara setiap minggu,” tulisnya di media sosial Facebook semalam.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai kecaman orang ramai susulan tindakan wanita itu seolah-olah menghasut orang supaya melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kata seorang pengguna, @Saiful_Sepet “kau cucuk vaksin ke tak, sama sahaja boleh beli barang di pasaraya.

“Antivax ini tak fikir panjang, pasar raya dari dulu boleh sahaja masuk walaupun tak cucuk vaksin. Cuma ada kawasan bukan keperluan sahaja yang perlu tunjuk sijil digital” kata @pedoqpop.

“Dah jelas lagi nyata pasar raya ini perkhidmatan penting, yang tak ada dose vaksin pun boleh masuk” jelas @Syauqi_Choki

“Kenapa lah ramai golongan yang suka menghasut orang lain melanggar SOP, kalau macam ini sampai bila-bila pun kes Covid-19 tak turun-turun,” tulis seorang lagi pengguna. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI