fbpx

Usul pemakaian baju kebangsaan tidak ‘dilayan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian baju kebangsaan diusulkan semula pada sidang DUN Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Usul kebenaran pemakaian baju kebangsaan ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang kembali dibangkitkan pembangkang tidak mendapat sebarang respon sewajarnya hari ini.

Usul itu yang dibawa Datuk Mohd. Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) ketika sesi perbahasan ucapan pergulunggan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu terus ditamatkan tanpa sebarang ulasan daripada Timbalan Speaker Hasnul Baharuddin.

Sebaliknya, Hasnul menangguhkan sesi pagi Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 berikutan telah menghampiri waktu rehat sebaik selesai pergulunggan daripada Mohd. Imran.

“Ahli-ahli yang berhormat, masa telah menunjukkan pukul 1 petang. Oleh itu, saya menangguhkan dewan sehingga pukul 2.30 petang,” katanya hari ini.

Terdahulu, dalam usul tersebut, Mohd. Imran memberitahu, baju kebangsaan sesuai dipakai di mana-mana majlis rasmi malah ada di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang selesa untuk memakai baju tersebut.

Sebelum ini, pada persidangan DUN Selangor yang berlangsung November tahun lalu bertukar kecoh selama 10 minit gara-gara isu pakaian kumpulan pembangkang yang memakai baju kebangsaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI