fbpx

Starbucks Malaysia masih sah pemegang SPHM – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan Starbucks Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Ia sekali gus menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi sosial, WhatsApp baru-baru ini yang mengatakan Starbucks Malaysia telah disahkan haram.

Jakim menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya difahamkan dakwaan itu kembali menular dan ia sudah dijelaskan oleh Jakim sejak tahun 2016.

“Minggu ini pihak kami menerima banyak pertanyaan dari pengguna media sosial khususnya di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim dan talian WhatsApp BPH Jakim.

“Pengguna media sosial banyak bertanyakan berkenaan status halal premis makanan Starbucks Malaysia,” katanya.

Katanya, kemusykilan itu berpunca daripada tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh Jakim.

Jakim berkata, pengguna juga boleh memperoleh informasi dan penjelasan berkenaan status halal secara terus dari pihak syarikat menerusi pautan
https://starbucks.com.my/our-halal-policy.html.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya.

“Orang awam boleh merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara,” katanya.

Katanya, pengguna juga digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki SPHM yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI