ALOR SETAR – Seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang milik sebuah wat siam sebanyak hampir RM1.77 juta, lima tahun lalu.
Tertuduh, San Yap Din Ei Yat, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga bekas timbalan pengerusi wat siam tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan terhadap harta tertentu berjumlah RM1.77 juta.
Warga emas itu bagaimanapun didakwa melakukan pecah amanah di Wat Boonyaram, Padang Sera, Kodiang dalam daerah Kubang Pasu dekat sini antara 7 Mac 2016 hingga 25 Oktober 2016.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun selain dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh sehingga semalam tidak membayar jaminan tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929