fbpx

Pesakit mental kelar, tikam bapa direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kelar dan tikam bapanya di rumah mereka di Jalan Depan Pasar Bachok semalam. - Foto oleh TOREK SULONG

BACHOK – Seorang lelaki pesakit mental yang dipercayai mengelar dan menikam bapanya di rumah mereka di Jalan Depan Pasar Bachok di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Selasa depan terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Dinie Syazwan Ab. Shukor di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah sambil diiringi polis pada pukul 9.10 pagi tadi kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke bilik saksi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang pesakit mental mengamuk sebelum bertindak mengelar bapa sendiri selepas berang mendengar tangisan anak saudaranya di rumah mereka.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Azmail Mohd. Salmon, 66, cedera pada bahagian leher, kepala, telinga, tapak tangan dan lengan selepas anak lelakinya mengelarnya dengan pisau pemotong sayur. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI