fbpx

MoU Bank Islam, SME Corp. tingkat daya saing PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. MUAZZAM (berdiri, dua dari kiri) bersama Syed Hussien (berdiri, dua dari kanan) pada majlis memeterai MoU antara Bank Islam dengan SME Corp. secara maya semalam.

PETALING JAYA – SME Corporation Malaysia (SME Corp.) mengunjurkan untuk meningkatkan jumlah agihan pembiayaan daripada Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).

MoU itu bertujuan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi SME Corp., Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata, di bawah MoU itu, ke­dua-dua pihak bersama-sama menyediakan akses kepada PKS untuk menyertai pelbagai ini­siatif, program latihan, program penganugerahan dan perkhidmatan kewangan menyeluruh yang akan meningkatkan kapasiti serta keupayaan mereka.

“Skim pembiayaan ini telah dimulakan pada tahun 2013 dan Bank Islam telah menyokong 121 pelanggan PKS dengan nilai pembiayaan melebihi RM133 juta.

“Kami berharap melalui MoU ini, jumlah agihan pinjaman ini dapat ditingkatkan,” katanya pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara maya semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed.

Dalam pada itu, Mohd. Muazzam menjelaskan, kerjasama terbaharu itu akan memberi peluang kepada pelanggan PKS Bank Islam untuk menyertai SSFS.

“Kerajaan menerusi SME Corp. memperuntukkan rebat keuntu­ngan dua peratus untuk pem­biayaan PKS berjumlah RM4 bi­lion di bawah inisiatif berke­naan.

“Sebagai nilai tambah kepada kerjasama strategik tersebut, Bank Islam akan turut memperluas rangkaian produk patuh syariah bagi memenuhi permintaan pelanggan termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan mo­dal, pembiayaan perdagangan, bantuan kewangan, bancataka­ful, pengurusan tunai dan penyelesaian perbankan elektronik,” jelasnya.

Tambah beliau, Bank Islam juga bakal melancarkan aplikasi mudah alih SMEXpert, satu inisia­tif digital yang menyokong keseluruhan ekosistem PKS de­ngan menyediakan sumber perniagaan dan kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI