fbpx

Mata bengkak sebab alergi, bukan vaksin! – Faezah Elai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mata Faezah yang bengkak bukan disebabkan kesan suntikan vaksin, sebaliknya berlaku kerana dia mengalami alahan terhadap ubat paracetamol.

PETALING JAYA – Pelakon Faezah Elai menjelaskan keadaan matanya yang mengalami bengkak bukan disebabkan kesan pengambilan vaksin seperti yang dihebohkan orang ramai.

Sebaliknya jelas Faezah, keadaan tersebut berlaku kerana dia sebenarnya mengalami alergi terhadap ubat paracetamol yang diambilnya sejak dua minggu lalu.

Penjelasan berkenaan dikongsikan pelakon itu menerusi hantaran dalam Instagram selepas gambarnya yang dimuat naik empat hari lalu memaparkan matanya bengkak disalah tafsir sesetengah pihak.

“Saya perlu jelaskan tentang hal ini. Tuan-tuan dan puan-puan, perkongsian sebelum ini tentang mata bengkak adalah disebabkan alergi terhadap paracetamol. Bukan vaksin!

“Saya sudah selesai mendapatkan suntikan dos kedua vaksin hampir sebulan lalu. Tetapi saya tidak mengalami sebarang simptom. Siap makan durian selepas cucuk (jangan cuba yang ini). Alhamdulillah elok. Mata bengkak baru dalam dua minggu sebab makan paracetamol,” jelasnya.

Faezah tampil menjelaskan situasi sebenar kerana enggan perkongsiannya diputar belit oleh sesetengah pihak seperti golongan anti vaksin.

“Kepada yang anti vaksin tu, malas saya nak cakap pasal ni sebab itu hak anda untuk memilih. Tapi janganlah putar belit kata-kata saya.

“Saya tidak pernah kata mata bengkak sebab vaksin. Memang tiada kena-mengena dengan vaksin!” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI