fbpx

Lelaki ditemui mati lebih empat hari dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati dalam keadaan terlentang di atas kerusi di kediaman tersebut, hari ini.

KAJANG – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai lebih empat hari di ruang tamu sebuah rumah yang berkunci di Pangsapuri City Height Jalan Sungai Chua, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di sebuah kerusi kira-kira pukul 9.24 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan untuk bantuan khidmat membuka pintu berkunci di kediaman berkenaan pada pukul 9.19 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang diketuai Komander Operasi, Mohd. Jaslizad Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di tempat kejadian, petugas melakukan operasi membuka pintu rumah yang didapati berkunci daripada dalam.

“Sebaik pintu dibuka, petugas menemui seorang lelaki berusia 41 tahun di atas kerusi di bahagian ruang tamu,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dipercayai lebih empat hari.

Jelas beliau, pihak bomba menyerahkan jenazah kepada polis dan KKM untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi pemeriksaan dan siasatan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI