ALOR SETAR – Selepas tujuh bulan mendalami ilmu perundangan, pelawak popular, Mazlan Ahmad hari ini memulakan tugas pertamanya selaku pegawai tugas-tugas khas kepada peguam terkemuka, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim.
Menurut Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet, tindakan itu diambilnya kerana minat yang timbul sejak sekian lama terhadap bidang perundangan setelah menonton filem Hollywood dan Bollywood terutama berkaitan hujah-hujah peguam di mahkamah.
Artis berusia 52 tahun itu bagaimanapun berkata, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan cuba membahagikan masa untuk terus terlibat dengan dunia penggambaran selepas ini.
“Tempoh tujuh bulan ini bagi saya cukup unik. Sepanjang tempoh itu, saya menjalani latihan di Firma Guaman AHC milik Aswandi dan di situlah saya mula belajar mengenai perkara-perkara asas termasuk etika bercakap dengan orang awam, berpakaian serta memahami situasi dalam mahkamah.
“Orang mungkin kata saya ‘rempang’ (gila-gila) dan keloloh apabila melihat saya. Namun jika diberi karakter serius seperti peguam ketika melakukan penggambaran, insyaAllah saya boleh lakukan,” katanya.
Dia ditemui pemberita ketika mengiringi Aswandi mengendalikan satu kes di Mahkamah Majistret Alor Setar di sini hari ini. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929