fbpx

Jaga amanah sebagai polis – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dinasihatkan agar sentiasa menjaga amanah dan bukan mengambil kesempatan termasuk perbuatan rasuah yang dilakukan pada dua tahun lalu sebelum didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Fisha Ani, 32, menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mohamad Fisha juga diperintahkan menjalani penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Rozilah dalam penghakimannya berharap tertuduh muhasabah diri dan memohon keampunan daripada Allah.

“Sebagai polis, kamu kena berurusan dengan orang ramai dan penjenayah. Bila kamu disuap walaupun dengan RM1 sepatutnya memberi amaran kerana kesalahan rasuah ini sangat serius.

“Kamu diberi peluang menjadi penjawat awam sebagai polis yang sepatutnya menjaga keselamatan kerana itu amanah. Ini jawatan yang mulia. Namun kamu mengambil kesempatan dan (perlu ingat) biar dapat sikit (gaji) tetapi berkat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Fisha didakwa telah cuba untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM5,000 daripada seorang individu dengan balasan bagi melepaskan empat lelaki dikatakan memiliki air ketum yang merupakan kesalahan di bawah Akta Racun 1952.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan Tabika Kemas, Kampung Pasir, Pekan Kerling, Hulu Selangor pada 16 September 2019. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI