fbpx

‘Ini bukan kes berat, pulanglah Sajat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat dalam MyKad.

Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman merupakan saksi bagi kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana me­nipu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihak­nya meminta usahawan kosmetik berkenaan untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut.

“Sajat dinasihatkan untuk tampil bagi membolehkan polis merakam keterangannya.

“Ini bukan kes berat, kita ha­nya minta dia memberi ketera­ngan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehingga kini, Sajat masih menghilangkan diri sebaik waran tangkap dikeluarkan kepadanya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan ekoran usahawan berkenaan tidak hadir sebutan semula kes menghina Islam tanpa sebarang sebab.

Sementara itu, Sajat menerusi satu video di akaun Facebooknya semalam menegaskan, dirinya bukan pelarian dan kes membabitkan dirinya menjadi sensasi hanya kerana dia seorang selebriti.

“Tidak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kejar, minta tolong polis tangkapkan, pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja.

“Sebab aku ini retis (artis), pasal itu jadi kecoh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI