PUTRAJAYA – Pengguna di negara ini disarankan agar lebih bijak membeli telur ayam dalam ukuran satu papan yang pada kelazimannya mengandungi kuantiti standard sejumlah 30 biji.
Ia hasil pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang turut mendapati harga purata runcit telur itu di pasaran masih berada pada kedudukan stabil.
“Perlu diketahui harga dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding dalam kuantiti 10 biji selain pengguna juga digalakkan buat pilihan bijak,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Makluman itu susulan laporan media berhubung harga runcit telur ayam yang naik berbanding bulan sebelumnya selari data diterbitkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Mengulas lanjut, KPDNHEP berkata, harga purata runcit sebiji telur ayam dipantau adalah stabil pada 23 Ogos lalu dengan gred A ialah 44 sen, gred B pula 40 sen dan gred C 36 sen.
Malah analisis peringkat pengeluar dan pemborong berdasarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) menunjukkan margin untung jualan antara satu sen hingga tiga sen sebiji. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929