KUALA TERENGGANU – Gerakan Belia 4B Kuala Terengganu menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada 300 penghantar makanan yang aktif di bandar raya ini.
Pengerusi Gerakan Belia 4B Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd. berkata, pemberian Jalur Gemilang kepada golongan penghantar makanan tersebut diharap dapat menyampaikan mesej cinta negara kepada masyarakat setempat.
“Mereka merupakan barisan hadapan yang sering membantu memenuhi kehendak masyarakat pada musim pandemik ini.
“Diharap dengan pengibaran Jalur Gemilang pada motosikal masing-masing dapat menyemai semangat sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan masyarakat,” katanya sewaktu menyaksikan pengagihan Jalur Gemilang tersebut di pekarangan Kompleks Seri Iman di sini hari ini.
Pemberian Jalur Gemilang kepada 300 penghantar makanan berkenaan disempurnakan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929