fbpx

Bincang dengan GLC serap graduan terkesan pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan perbincangan dengan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) supaya mengambil graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih tidak bekerja susulan pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang Selangor, V. Ganabatirau berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan nasib graduan yang menghadapi saat sukar ketika ini.

“Selain itu, kita telah memperkenalkan tiga program iaitu Program Karnival Kerjaya Jelajah Selangor Bekerja, Program Selangor Kerjaya dan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dalam membuka peluang kepada mereka.

“Kemudahan Talent Portal juga disediakan secara percuma untuk majikan bagi mengiklankan jawatan kosong yang terdapat dalam syarikat mereka,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan G. Gunarajah (PH-Sentosa) mengenai usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi membantu dua golongan terbabit ketika ini.

Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning memberitahu, sejumlah RM73.8juta diperuntukkan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi mengurangkan beban golongan miskin.

“Peruntukan ini merangkumi bantuan bakul makanan, penangguhan bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama sebulan pada Julai lalu, pemberian data internet kepada kumpulan ekonomi B40 bernilai RM15 dan lain-lain lagi,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI