fbpx

Bekas pengurus pentadbiran Yayasan Hijrah didenda RM23,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus pentadbiran Yayasan Hijrah Selangor didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan rasuah berjumlah RM12,000, tiga tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh turut mengarahkan perintah penjara lapan bulan sekiranya tertuduh, Mohamad Rozaidi Othman, 36, gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayarnya.

Wang tunai RM8,800 yang dimasukkan di akaun tertuduh juga dilucutkan hak kepada SPRM kerana merupakan wang perangkap yang digunakan kepada tertuduh.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa telah diberikan suapan secara berperingkat masing-masing RM3,200 dan RM8,800 daripada seorang lelaki menerusi akaun simpanan sebuah bank.

Wang itu sebagai upah melantik lelaki itu menjadi ejen perkhidmatan daripada syarikat Takaful Malaysia bagi mengendalikan insurans bagi pihak Yayasan Hijrah Selangor selama satu tahun seterusnya telah melanggar peruntukan Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan tidak melaporkan pemberian suapan tersebut kepada pihak SPRM dan pegawai polis yang paling hampir.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 14 dan 25 Jun 2018.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehinngga 10 tahun dan denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama.

Berdasarkan fakta kes, Mohamad Rozaidi telah menghubungi lelaki itu yang merupakan kenalannya untuk berbincang tentang perkhidmatan insurans pada pertengahan tahun 2017.

Tertuduh memaklumkan kepada lelaki itu supaya menyediakan sebut harga insuran berkelompok kepada Yayasan Hijrah Selangor yang akan tamat pada pertengahan Mac 2018. Selain itu, Mohamad Rozaidi ada menyebut mahukan bahagian bagi pihaknya sendiri dan lima peratus bagi pihak yayasan daripada jumlah komisen yang diterima lelaki itu.

Lelaki itu kemudiannya memasukkan wang berjumlah RM3,200 kepada tertuduh melalui bayaran atas talian kepada akaun Maybank sebelum didesak membayar bakinya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI