fbpx

Arzeti gesa kerajaan segera bantu anak yatim piatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARZETI BILBINA

PELAKON yang juga pengacara popular seberang, Arzeti Bilbina menggesa pihak kerajaan campur tangan bertindak segera ekoran ramai kanak-kanak di Indonesia kini bergelar yatim piatu selepas kematian ibu bapa akibat Covid-19.

Pelakon yang pernah membintangi sinetron berjudul Si Biang Kerok Cilik itu terkesan apabila ramai kanak-kanak kematian ibu bapa, namun tidak banyak yang dapat dilakukan pemerintah untuk membantu mereka.

“Pandemik Covid-19 sangat buruk di Indonesia terutamanya di Jakarta dan Sumatera Barat.

“Apa yang perlu diberi perhatian pemerintah ialah soal kebajikan kanak-kanak yang kini hidup sebagai yatim piatu. Jangan biarkan sehingga anak-anak ini terabai,” kata Arzeti yang turut berkecimpung dalam dunia politik.

Ujar bekas peragawati itu lagi, setiap masyarakat juga harus memainkan peranan untuk membantu antara satu sama lain dan bersikap optimis untuk membuang ego peribadi.

“Biasiswa untuk anak-anak yatim piatu akibat pandemik harus diperhatikan.

“Saya mohon pada pemerintah supaya tidak menutup mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI