fbpx

9 dikompaun gagal patuhi SOP PPN Fasa 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Selangor melakukan pemantauan SOP PPN Fasa 1 menerusi Ops Samar di IOI Putrajaya hari ini.

SEPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Selangor telah mengeluarkan sembilan kompaun bernilai RM56,000 terhadap lima syarikat perbadanan dan empat individu menerusi penguatkuasaan Ops Samar setakat hari ini.

Kompaun itu dikenakan melalui pemantauan prosedur operasi standard (SOP) terhadap 22 subsektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPDNHEP Selangor berkata, terbaharu, pihaknya melakukan pemeriksaan Ops Samar bersama pihak pengurusan kompleks ke atas 122 premis di IOI City Mall, Putrajaya dekat sini dan mendapati peniaga mematuhi SOP serta membuat kawalan ke atas kemasukan pengunjung.

“Pengunjung yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan memasuki premis perniagaan.

“Selain itu, pemeriksaan secara rawak ke atas pekerja dan pengunjung juga telah dilakukan dan hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja serta pengunjung telah mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis,” katanya hari ini.

Mengetuai Ops Samar hari ini ialah Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Selangor, Aminuddin Muhammad dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Sepang, Mohd. Hapis Manan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI