fbpx

53 kes positif Covid-19 dikesan di Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Pulau Perhentian, Besut dikenakan sekatan pergerakan melibatkan semua 2,173 penduduknya berikutan penularan Covid-19 yang dikesan di pulau peranginan tersebut sejak Ahad lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, setakat ini, saringan besar-besaran yang dijalankan telah mengesan 53 kes positif Covid-19 dalam kalangan penduduk pulau tersebut.

“Hasil saringan juga berjaya mengesan seorang penduduk yang sudah menghidap Covid-19 tahap empat dan dia telah dirujuk segera ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut.

“Ujian saringan melibatkan semua penduduk termasuk pengusaha dan pekerja resort di Pulau Perhentian dijangka selesai sepenuhnya hari ini, ” katanya di sini hari ini.

Kasemani berkata, pergerakan keluar masuk ke pulau peranginan tersebut telah dikawal ketat dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan hanya pembekal makanan sahaja dibenarkan masuk buat masa ini.

Tambah beliau, semua penduduk Pulau Perhentian terlibat telah dipakaikan gelang kuarantin sehingga kes penularan Covid-19 tersebut kembali reda.

“Siasatan awal mengesyaki wabak Covid-19 tersebut menjangkiti sebahagian penduduk Pulau Perhentian yang telah memasuki daratan menerusi Jeti Kuala Besut sebelum merebak ke dalam komuniti,” katanya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI