fbpx

21 negara tarik diri Paralimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 21 negara membuat keputusan menarik diri daripada temasya Paralimpik Tokyo 2020, namun jumlah penyertaan lebih baik berbanding aksi di Rio pada 2016. – AFP

TOKYO – Jawatankuasa Para­limpik Antarabangsa (IPC) mengesahkan secara keseluruhan sebanyak 21 negara telah menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun yang telah membuka tirai rasmi semalam.

Sebelum ini, sebanyak lima negara telah mengesahkan penarikan diri lebih awal kerana masalah logistik penerbangan ke Jepun seperti Samoa, Kiribati, Tonga, Vanuatu dan Afghanistan.

Kemudian, beberapa kontinjen negara lain seperti Brunei, Korea Utara, Turkmenistan, Timor Leste, Andorra, Antigua and Barbuda, Liechtenstein, San Marino, Macau, Suriname, Djibouti, Sudan, Comoros, serta Seychelles turut berbuat demikian atas pelbagai alasan masing-masing.

Presiden IPC, Andrew Parson berkata, sebanyak 162 negara te­lah mengesahkan kehadiran de­ngan lima daripadanya menghantar kontinjen buat kali pertama untuk menyertai temasya paralimpik terbesar dunia itu.

“Sebanyak 162 negara telah menghantar delegasi mereka untuk bersaing dalam temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo kali ini dan ia adalah angka yang lebih baik berbanding ketika Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro dengan 159 penyertaan.

“Meskipun 21 negara tidak dapat menyertai saingan kali ini atas alasan masing-masing, kami mengalu-alukan kehadiran lima negara baharu yang bersaing buat pertama kali seperti Bhutan, Grenada, Maldives, Paraguay serta St. Vincent and the Grenadines.

“Secara keseluruhan, saya harap semua negara dapat memberikan persaingan sihat pada temasya kali ini meskipun sedang dilanda pandemik Covid-19 yang masih belum reda sejak 18 bulan lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI