fbpx

17 kes kesihatan mental di kalangan penjawat awam Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Siti Mariah Mahmud

SHAH ALAM- Kerajaan negeri mendedahkan sebanyak 17 kes kesihatan mental dicatatkan di kalangan penjawat awam Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, rekod itu diperoleh daripada Cawangan Pengurusan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehingga 21 Julai lalu.

“Terdapat 420 kes yang dirujuk sebagai kes bukan isu kesihatan mental juga diterima dalam tempoh sama.

“Walaupun jumlahnya kecil, kerajaan negeri mengambil serius bilangan penjawat awam yang mengalami masalah ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Mazwan Johar (PH-Sungai Ramal) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Menurut Siti Mariah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan kepada kumpulan penjawat awam seperti Sistem Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (E-Psy Selangor) dan Laman Facebook Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat.

Selain itu, ujarnya, cawangan Pusat Kaunseling Selangor turut diwujudkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpilih seperti Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Ini bagi memudahkan lagi penjawat awam dan masyarakat untuk mendapatkan khidmat kaunseling bersama kaunselor dari Pusat Kaunseling Selangor berdasarkan temu janji yang telah ditetapkan lebih awal.

“Kita juga memperuntukkan RM500,000 menerusi Selangor Mental Sihat (SEHAT) bagi menyelesaikan isu kesihatan mental di kalangan petugas barisan hadapan dan orang awam,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Siti Mariah menjelaskan pihaknya akan mengintegrasikan SEHAT ke dalam aplikasi SELangkah yang akan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 30 Ogos depan supaya pengguna aplikasi tersebut boleh melakukan ujian saringan awal secara kendiri untuk mengetahui tahap kesihatan mental mereka. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI