fbpx

Tular program vaksin ‘walk-in’ di Kota Tinggi tidak sahih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster tular program vaksinasi secara walk-in bagi warga Kota Tinggi yang tidak sahih.

KOTA TINGGI – Penularan poster berhubung pemberian vaksin secara perkhidmatan daftar terus (walk-in) khusus untuk warga Kota Tinggi yang berlangsung selama tiga hari di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mawai, Taman Daiman di sini disahkan sebagai tidak benar.

Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Pengerusi Covid Immunisation Task Force (CITF) Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil berkata, pihak CITF daerah masih belum berhasrat untuk melaksanakan pemberian vaksinasi secara walk-in di daerah ini bagaimanapun perkara tersebut sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

“Cadangan pelaksanaan pemberian vaksinasi secara walk-in, pihak CITF Daerah Kota Tinggi masih belum berhasrat untuk melaksanakannya namun perkara ini sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai aspek dan perbincangan lanjut bersama CITF Negeri.

“Berikutan tular baru-baru ini di media sosial berkenaan pemberian secara walk-in di daerah Kota Tinggi, adalah dengan ini dimaklumkan tidak sahih,”katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, sehingga kini terdapat tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang telah beroperasi bagi melaksanakan pemberian vaksin khususnya untuk penduduk Daerah Kota Tinggi.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI