fbpx

Tuchel akui Chelsea belum sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kanan) berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada aksi pertamanya bersama Chelsea ketika membenam Arsenal kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menganggap kemenangan 2-0 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates kelmarin masih belum memadai.

Biarpun mendominasi sepenuhnya perlawanan, namun pengendali dari Jerman itu menegaskan, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperkemaskan bagi mendapatkan aksi sempurna.

Chelsea yang merupakan juara Eropah dilihat tidak begitu tertekan sepanjang perlawanan tersebut terutamanya selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Romelu Lukaku dan Reece James.

“Saya akui pada separuh masa pertama kami agak bergelut untuk sesuaikan diri dengan permainan. Mungkin ia disebabkan oleh latihan dua sesi setiap hari yang dilakukan sepanjang ming­gu ini.

“Bagaimanapun, kami berjaya atasi masalah itu pada separuh masa kedua dan bermain dengan baik apabila mencipta banyak peluang menjaringkan gol. Kami layak untuk menang tetapi masih perlu diperbaiki,” kata Tuchel.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu juga gembira dengan aksi yang ditampilkan Lukaku apabila dia dilihat ‘membuli’ barisan pertahanan Arsenal selain berjaya menjaringkan gol dalam aksi pertamanya.

“Saya gembira kerana dia cepat menyesuaikan diri dengan pasukan. Kehadirannya memberi lebih keyakinan untuk kami menyerang kerana dia mampu untuk melindungi bola daripada pemain lawan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI