fbpx

Tiga lelaki ditahan kes bunuh penternak lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (tengah) melihat lokasi mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan dan tikaman di Jalan Bukit Selambau, hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis masih menyiasat motif pembunuhan seorang penternak lembu berusia 38 tahun yang mayatnya ditemui dengan kesan tembakan dan tikaman di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau dekat sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, siasatan sedang dilakukan daripada semua sudut bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Kita masih siasat lagi kenapa berlaku demikian dan sama ada ia berpunca daripada pergaduhan, ia masih dalam siasatan kita.

“Ada yang kata pergaduhan kongsi gelap dan dadah, kita pun belum pasti lagi dan siasatan akan terus dilakukan termasuk melakukan penahanan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya setakat ini menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 34 tahun di kawasan berhampiran.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI