KUALA TERENGGANU – Terengganu membuka sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu baharu di Stadium Negeri di sini.
PKRC Stadium Negeri yang boleh memuatkan 390 pesakit lelaki tersebut akan beroperasi mulai esok.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata,
pembukaan PKRC yang turut dilengkapi tangki oksigen terbabit sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes positif di negeri ini sejak akhir-akhir ini.
“Ia juga sebagai persediaan kemungkinan penutupan dua PKRC UiTM Chendering dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekiranya sesi akademik kembali dibuka pada bulan depan,” katanya sewaktu menyerahkan PKRC Stadium Negeri kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong.
Alias berkata, buat permulaan seramai 40 pesakit Covid-19 lelaki kategori satu hingga empat dari seluruh negeri ini akan ditempatkan di PKRC tersebut.
“Jika keadaan pesakit berkenaan bertambah teruk, mereka boleh terus dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah yang terletak berhadapannya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929