fbpx

Rezeki minyak masak terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) dan Mohd. Zubir bergerak dari rumah ke rumah sekitar Ipoh mengumpul minyak masak terpakai sebagai sumber pendapatan tambahan.

IPOH – Kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik sejak setahun lalu tidak mematahkan semangat dua anak muda ini untuk mencari rezeki lain.

Fahmi Yusoff bersama rakannya, Mohd. Zubir Mohd. Ismail, masing-masing berusia 26 tahun kini mengumpul minyak masak terpakai dari rumah ke rumah.

Jelasnya, minyak tersebut kemudian dihantar kepada syarikat tertentu yang akan memproses­nya menjadi biodiesel.

Menurut Fahmi, mereka me­lakukan pekerjaan itu secara sambilan bagi mencari duit le­bih di samping berniaga secara dalam talian.

“Sebelum ini saya pernah be­kerja dengan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah-sekolah.

“Jadi, apabila tiada pekerjaan saya terfikir mengapa tidak me­lakukan kerja mengumpul mi­nyak masak terpakai,” ujarnya kepada Kosmo!.

Setiap hari mereka mampu mengumpul kira-kira 70 kilogram (kg) minyak masak terpakai yang dibeli pada harga RM1 bagi setiap kg.

Kata Fahmi, permintaan terhadap minyak masak terpakai untuk kitar semula sangat tinggi cuma kesedaran masyarakat mengenainya masih rendah.

Ujarnya, kebanyakan isi rumah tidak mengetahui tentang kaedah membuang lebihan mi­nyak masak yang telah digunakan dan bahan tersebut dibuang begitu sahaja.

“Pada masa ini kami menggunakan Facebook untuk dihubu­ngi (penjual) sebelum menetapkan masa untuk datang membeli minyak masak terpakai.

“Kami merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan penduduk atau komuniti sekali gus meningkatkan kesedaran ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI