fbpx

ResQ UPSI bantu mangsa banjir di Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada , Ahmad Fairuz yang mewakili penduduk di Pejabat Penghulu Mukim Beriah, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak semalam.

PETALING JAYA – Pasukan sukarelawan, ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UPSI Holding Sdn. Bhd. (UHSB) menyerahkan sumbangan berbentuk 70 kotak air mineral, selimut dan barangan keperluan asas untuk 50 buah keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di Alor Pongsu, Kerian, Perak.

Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Mohd. Azlan Nafiah berkata, mereka mengambil inisiatif dengan menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir terhadap komuniti yang menghadapi musibah bencana alam atas dasar kemanusiaan.

“Sumbangan ini menggunakan Tabung UPSI Prihatin dan juga pihak Alumni UPSI yang bersimpati dengan penduduk yang menghadapi masalah bencana banjir.

“Misi sukarelawan ini digerakkan bagi membantu komuniti setempat yang terkesan akibat banjir dengan menyalurkan bantuan berbentuk pemberian sumbangan makanan kepada mangsa banjir yang terperangkap di rumah yang ditengelami air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Azlan berkata, penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh pasukannya kepada Penghulu Mukim Beriah, Ahmad Fairuz Abdullah Sani yang mewakili penduduk di Pusat Bencana Daerah Kerian dengan kerjasama Pegawai Daerah Kerian, Mohd. Sabri Bakri.

Jelasnya, pasukan ResQ UPSI bersedia untuk menyalurkan khidmat tenaga bagi membantu penduduk yang terjejas fokus kepada kerja-kerja pembersihan kemudian nanti.

“UPSI sentiasa peka dan prihatin terhadap komuniti yang menghadapi musibah bencana alam atas dasar kemanusiaan, semangat kesukarelawanan dan memasyarakatkan universiti melalui bantuan pengurusan bencana,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI