fbpx

PM mahu Jalur Gemilang berkibar di Paralimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri mengadakan sidang video bersama atlet paralimpik negara secara maya di pejabatnya hari ini. Foto FB Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar sempena meraikan kejayaan para atlet paralimpik negara di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ismail Sabri berkata, beliau dan seluruh rakyat di negara ini berbangga dengan pencapaian mereka kerana mewakili negara ke temasya sukan berprestiji di Jepun itu.

“Saya berdoa agar Jalur Gemilang dapat berkibar dan lagu Negaraku dapat dimainkan lagi untuk meraikan kejayaan mereka di sana,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau terdahulu mengadakan sidang video bersama atlet paralimpik negara secara maya.

Ismail Sabri juga berdoa kesemua kontinjen paralimpik yang mewakili negara dapat kembali ke tanah air dengan selamat.

“Apapun hasil (pungutan pingat) nanti, saya mahu anda tahu bahawa anda semua adalah juara di hati rakyat Malaysia. Ayuh Malaysia!,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI