fbpx

Periksa status vaksinasi pelanggan itu amanah – Ika Nabella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Ika Nabila mendakwa ada pengusaha restoran tidak mempedulikan pun status vaksinasi pengunjung yang memasuki premis mereka untuk menjamu selera.

PETALING JAYA – Sikap lepas tangan atau sambil lewa sesetengah peniaga yang tidak memeriksa sijil digital vaksinasi pelanggan untuk masuk ke premis mereka, terutama bagi menjamu selera kini merisaukan banyak pihak.

Terpanggil menyuarakan kebimbangan, pelakon Ika Nabella turut meluahkan kekesalan berhubung sikap sedemikian yang dikhuatiri mengundang risiko.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 32, berkongsi sendiri pengalamannya sewaktu membeli makanan di sebuah restoran, namun pemiliknya langsung tidak memeriksa status vaksinasi dirinya.

“Memang ada sesetengah kesai tidak tengok langsung sijil digital vaksinasi dan perkara itu berlaku kepada saya semalam sewaktu saya hendak membeli ayam di sebuah kedai mamak berhampiran KLCC,” Ujarnya.

Kata pelakon itu, memeriksa status vaksinasi pelanggan oleh peniaga merupakan satu amanah demi menjaga keselamatan pembeli.

“Sebagai pemilik perniagaan, perkara ini (menjaga keselamatan pelanggan) perlu difikirkan terlebih dahulu.

“Makin kurang orang yang menjangkiti dan terjangkit, bermaksud makin cepatlah perniagaan kitab oleh beroperasi seperti sediakala. Tolong jangan pentingkan diri sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya itu juga meminta orang ramai untuk memikirkan keselamatan keluarga orang lain.

“Jika tidak mahu fikir orang pun, fikirlah keluarga. Bayangkan orang yang datang premis kita membawa virus (walaupun lengkap vaksin), selepas itu berjangkit dengan orang yang datang (tanpa vaksin)?

“Kemudian, orang itu pun membawa balik virus itu kepada warga emas dan anak-anak. Punca? Kita sebab ambil mudah prosedur operasi standard (SOP),” tegasnya.

Dalam hantaran itu juga, Ika turut berkongsi tangkap layar status seorang netizen yang berkongsi dengan bangga perihal dirinya bersama keluarga yang tidak divaksin dalam makan di kedai (dine-in) kerana tidak diperiksa oleh pemilik kedai.

Perkongsian wanita itu yang tular sejak semalam turut melahirkan rasa marah masyarakat kerana menganggap dia mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan risiko orang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI