fbpx

Penyokong ceroboh padang cemari aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLAWANAN melibatkan Nice dan Marseille terpaksa dibatalkan ekoran faktor keselamatan selepas para penyokong menceroboh padang dan menyerang pemain. – AFP

NICE, Perancis – Perlawanan Ligue 1 membabitkan Nice dan Marseille di Allianz Riviera awal pagi semalam terpaksa dibatalkan susulan tindakan penyokong tuan rumah memasuki padang dan menyerang pemain pasukan lawan, Dimitri Payet.

Kekecohan tercetus selepas pemain tengah Marseille, Payet membaling semula botol plastik yang dilemparkan terhadapnya ke arah penyokong-penyokong Nice pada minit ke-75.

Presiden Marseille, Pablo Longoria berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan itu kerana bimbang mengenai keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.

“Pengadil bersetuju dengan kami dan mengesahkan kepada kami bahawa tiada jaminan terhadap keselamatan pemain ekoran insiden tersebut.

“Pengadil juga tidak mahu meneruskan perlawanan tetapi penganjur (Ligue 1) mendesak untuk ia tetap diteruskan. Kami tidak dapat terima perkara ini dan ambil keputusan untuk pulang ke Marseille,” katanya.

Difahamkan, tiga pemain mengalami kecederaan di­sebabkan insiden itu iaitu Payet dan dua rakan sepasukannya, Matteo Guendouzi dan Luan Peres berdasarkan foto-foto yang tular di media sosial.

Sementara itu, Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere kecewa de­ngan sikap ditunjukkan para penyokongnya yang mencetuskan provokasi dengan memba­ling botol plastik ke arah pemain Marseille.

“Sangat kecewa apabila perlawanan ini berakhir dengan cara sebegini. Ia tidak boleh dinafikan kerana semua orang melihat penyokong kami membaling botol yang mencetuskan kekecohan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI