fbpx

Peminat hanya mahu saya pakai sari – Preeti Jhangiani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PREETI JHANGIANI

GARA-GARA membawakan watak seorang gadis moden dengan karakter penuh menggoda, aktres Preeti Jhangiani menjadi mangsa serangan peminat sendiri.

Ujar pelakon yang pernah membintangi filem Mohabbatein itu, segelintir peminat setianya tidak suka dia membawakan watak sebegitu ketika menjayakan video muzik berjudul Chhuimui Si Tum Lagti Ho.

“Mereka (peminat) tidak boleh menerima karakter saya sebagai wanita seksi dan hanya mahu melihat saya sentiasa memakai sari.

“Peminat juga tidak suka jika saya melakonkan watak jahat walaupun saya sangat sukakan perubahan,” ujarnya.

Kata Preeti lagi, dia juga pernah dikecam teruk kerana melakonkan babak bercium sehingga menyebabkan dia kehilangan peminatnya.

“Saya tersepit untuk melakonkan watak tertentu kerana mempunyai peminat setia yang tidak mahu melihat saya menjadi individu lain,” jelas Preeti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI