fbpx

Pemimpin Australia, China ucap tahniah kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menerima panggilan telefon daripada PM Australia hari ini. - Foto Ihsan Pejabat PM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Australia, Scott John Morrison dan Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Keqiang atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Perutusan ucapan tahniah itu daripada kedua-dua pemimpin itu masing-masing diterima menerusi panggilan telefon hari ini dan sepucuk surat bertarikh 23 Ogos lalu.

Ismail Sabri berkata, kedua-dua negara menyatakan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dua hala yang telah lama terjalin.

“Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menelefon saya dan menyampaikan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“Dalam perbualan kami, Malaysia dan Australia menyatakan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin di antara kedua-dua negara,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri menzahirkan rasa terima kasih kepada Li Keqiang yang menyampaikan perutusan tahniah kepada beliau atas pelantikan itu melalui sepucuk surat.

“Li Keqiang turut menyatakan komitmen beliau untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama, mengekalkan hubungan dagang serta berkongsi strategi melawan wabak Covid-19 dengan berkesan,” katanya.

Semalam, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghubungi Ismail Sabri bagi menyampaikan ucapan tahniah sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri kesembilan serta menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan dua hala.

Ismail Sabri menerima panggilan daripada Jokowi ketika berada di Yan, Kedah sempena lawatan seharinya ke negeri itu bagi meninjau kesan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang menyebabkan banjir di Kuala Muda dan Yan minggu lepas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI