fbpx

Pemandu Proton Preve direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian Kemalangan melibatkan kereta Proton Preve yang menyebabkan tiga penunggang motosikal maut di Sitiawan kelmarin.

LUMUT – Pemandu Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan Sabtu lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 38 tahun itu sehingga 30 Ogos ini.

Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan air kencingnya semalam mendapati dia positif dadah jenis methampetamine atau syabu.

Suspek diiringi polis sewaktu dibawa ke mahkamah pagi tadi.

Semalam, suspek menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 2.50 petang.

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan – Kampung Acheh kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kereta Proton Preve dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh hilang kawalan lalu terbabas.

Kemalangan menyebabkan kereta tersebut merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI