fbpx

Pakej rangsangan berjaya elak ekonomi Selangor merundum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (kanan berdiri) ketika sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Langkah kerajaan negeri memperkenalkan empat pakej rangsangan berjaya mengelakkan ekonomi Selangor terus merundum sepanjang pandemik Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini terbukti apabila penurunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri hanya mencatatkan negatif 5.3 peratus pada tahun lalu berbanding KDNK Malaysia yang merekodkan negatif 5.6 peratus dalam tempoh sama.

“Kalau kita melihat kepada graf ekonomi Selangor, biasanya kita akan melihat Selangor akan mencatatkan penurunan yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan mencatatkan penurunan dalam kadar tertentu.

“Namun, beberapa langkah telah diperkenalkan seperti membenarkan sektor perlu (essential service), mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti tertentu sahaja membolehkan kejayaan itu seterusnya luar norma ekonomi yang dicatatkan sebelum ini,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat ingin mengetahui usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi meningkatkan semula ekonomi Selangor.

Amirudin menjelaskan, pakej Selangor Prihatin 1,2 dan 3 serta Kita Selangor 2.0 telah menunjukkan indikasi positif dalam membantu pihak yang berada dalam sektor ekonomi untuk bangkit semula.

“Contoh, Program Selangor Advance berjaya membantu lebih 900 syarikat dan lebih 50,000 pekerja yang berkemungkinan diberhentikan oleh majikan mereka.

“Selain itu, program inisiatif seperti Platform Selangor (PLATS) dan Selangor e-Bazar telah membantu lebih 70,000 syarikat mikro serta pengusaha kecil sederhana (PKS) dan kesan riak (ripple effect) sebanyak lebih RM1 bilion,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI