fbpx

MMC catat untung RM494 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MMC Corporation Berhad (MMC) mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak  RM494 juta berbanding RM243 juta bagi  tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020.

Peningkatan tersebut disumbangkan oleh pertambahan  volum yang dikendalikan oleh  Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) serta hasil daripada sewaan tanah PTP dan kos kewangan yang rendah.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri  Che Khalib Mohamad Noh berkata, prestasi kewangan itu telah diimbangi oleh progres kerja Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) bagi laluan Putrajaya dan  juga projek Pembentungan Langat yang makin hampir disiapkan, volum penumpang yang berkurangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ekoran pandemik Covid-19 serta tiada jualan tanah di Senai Airport City (SAC).

Menurutnya, bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021, hasil Kumpulan adalah sebanyak RM2.29 bilion disumbangkan oleh pertambahan volum yang dikendalikan oleh PTP dan Northport.

“Kumpulan optimis  terhadap prospek perniagaan bagi tahun kewangan 2021 seiring dengan pemulihan ekonomi global.

“Namun Kumpulan akan kekal berhati-hati dalam perubahan pasaran ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan peningkatan kes Covid-10 baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, bahagian pelabuhan dan logistik mencatat hasil sebanyak RM1.82 bilion berbanding RM1.53 billion pada tahun kewangan  30 June 2020 dipacu oeh pertambahan volum yang dikendalikan oleh PTP dan juga Northport.

Segmen kejuruteraan pula mencatat hasil RM448 juta berbanding RM506 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya ekoran progres kerja yang perlahan bagi KVMRT laluan Putrajaya dan projek Pembetungan Langat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI