fbpx

‘Mana boleh warna darah tukar ikut vaksin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan perkongsian tukang bekam tentang perubahan darah selepas divaksin serta penjelasan daripada seorang doktor yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN

PETALING JAYA – Dakwaan seorang ahli bekam yang kononnya darah individu yang sudah divaksin akan berubah warna mengikut jenis vaksin yang diambil adalah tidak benar.

Dalam kenyataan yang dimuat naik oleh ahli bekam itu di Facebook mendakwa, darah individu yang mengambil vaksin jenis Sinovac akan bertukar warna seperti nanah, manakala individu yang mengambil Pfizer pula darahnya akan betukar seperti warna air kencing.

Dakwaan tersebut turut tular di media sosial semalam dan menarik mendapat perhatian petugas barisan hadapan termasuk beberapa doktor.

Doktor tersebut, Khairul Hafidz dalam satu ciapan beliau menjawab mengapa warna darah individu tersebut bertukar seperti yang didakwa tersebut.

“Begini, whole blood (keseluruhan badan) kita terdiri daripada empat komponen iaitu plasma, sel darah putih, platlet dan sel darah merah.

“Biasa sahaja terjadi begitu (apabila) kita nampak (darah) cair kerana plasma dah terpisah daripada whole blood ini tadi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi doktor, Latif Saad turut menjelaskan perkara yang berlaku.

“Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah itu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma di bahagian atas yang selalunya berwarna kuning ‘air kencing’ dan juga bahagian berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.

“Terkadang jika terlampau banyak lemak dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah. Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak, selalunya perkerja makmal akan ‘describe’ ia sebagai lipemic sampel disebabkan terlalu banyak lemak,” tulis beliau di laman Facebook.

Tambah beliau lagi, darah yang ditunjukkan selepas melakukan bekam adalah darah yang normal.

“Kalau orang yang tidak mengambil vaksin pun akan menghasilkan keputusan yang sama. Ia tiada kaitan dengan vaksin sebenarnya,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI