fbpx

Kes aktif terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Pesakit Covid-19 yang sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan peningkatan dengan 262,713 kes termasuk 1,063 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 511 kes memerlukan bantuan pernafasan

Kes sembuh pula merekodkan 18,613 kes manakala terdapat 211 kes kematian termasuk 24 warga asing serta 40 kes meninggal dunia di luar hospital menjadikan kes kematian Covid-19 sebanyak 14,553 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 16,949 kes (81.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Beliau berkata, sebanyak 358 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 20,479 kes (98.3 peratus) daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

Menurutnya, sebanyak 100 kes kategori lima dilaporkan dengan 83 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 63 kes kategori empat dengan 52 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 195 kes kategori tiga dengan 157 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 10,939 kes kategori dua dengan 8,917 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, sebanyak 9,540 kes kategori satu dengan 7,740 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Noor Hisham berkata, sebanyak 34 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 22 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI