PELAKON Emraan Hashmi mengaku sangat obses dengan aktor veteran, Amitabh Bachchan sehingga pernah menonton filem lakonannya sebanyak 100 kali.
“Saya beritahu dia bahawa saya pernah menonton filem Sholay lakonannya sebanyak 100 kali.
“Saya sanggup tidak makan tengah hari selepas pulang dari sekolah kerana mahu menonton filem tersebut,” ujarnya.
Ujar Emraan, 42, lagi, Amitabh pernah mencubit pipinya ketika mereka bertemu dalam sebuah acara sewaktu dia masih kecil.
“Saya sangat mengagumi beliau. Amitabh seorang pelakon hebat dan sesiapa sahaja akan suka padanya,” kata Emraan.