fbpx

Diperdaya individu menyamar majikan, rugi RM5,350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Seorang wanita kerugian RM5,350 selepas ditipu oleh individu yang menyamar sebagai majikannnya melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 49 tahun yang merupakan seorang pekerja am telah membuat laporan polis Sabtu lalu berkenaan penipuan tersebut.

“Mangsa telah menerima mesej WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali menggunakan gambar profil majikan beliau.

“Mangsa dimaklumkan ianya adalah nombor telefon yang baru kerana telefon lama mempunyai masalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, suspek kemudiannya meminta pertolongan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun sepupunya dan berjanji akan membuat pembayaran semula esok hari.

“Mangsa dengan niat mahu menolong terus percaya dan membuat dua kali kemasukan wang ke dalam sebuah akaun bank tempatan dengan jumlah keseluruhan RM5,350.

“Selepas itu, suspek masih meminta mangsa untuk memasukkan wang. Mangsa yang mula curiga telah menghubungi majikannya menggunakan nombor telefon di dalam simpanan dan majikan telah menafikan perkara tersebut,” katanya.

Tambah Aidi Sham, pihak polis menegaskan supaya orang ramai tidak mudah percaya dengan mana-mana individu yang menggunakan aplikasi dalam talian dan mengaku sebagai rakan untuk meminjam wang.

“Semak dahulu kesahihan identiti individu tersebut sebelum membuat apa-apa transaksi,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum (10) tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI