fbpx

Bumbung tujuh gerai makan dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian struktur bumbung gerai yang terlibat kebakaran di Simpang Ampat Permatang Buluh di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Peniaga dan pelanggan di deretan gerai makan di Simpang Ampat Permatang Buloh, Kepala Batas di sini bertempiaran lari sebaik menyedari api dan asap akibat kebakaran pada bahagian bumbung premis berkenaan hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu membabitkan kebakaran di tujuh buah gerai yang bersambung.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.57 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan deretan tujuh unit gerai makan Kelas A satu tingkat dengan anggaran keluasan kira-kira 84 meter persegi setiap unit.

“Api menyambar pada bahagian bumbung yang dibina daripada kayu dengan anggaran kebakaran kira-kira 50 peratus dan api dapat dikawal pada pukul 4.02 petang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Operasi terbabit digerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bertam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI