fbpx

Blogger mohon maaf terhadap Sheila sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blogger Kaki Komen membuat permohonan maaf terhadap Sheila atas kapsyen berbaur fitnah mengenai keluarganya.

PETALING JAYA – Menyedari kesilapan sendiri, blogger Kaki Komen yang menyiarkan berita berbaur fitnah mengenai keluarga pelakon dan penerbit, Sheila Rusly tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam Facebooknya hari ini.

Kaki Komen menerusi satu hantaran memaklumkan, pihaknya memohon maaf secara terbuka susulan penerbitan kapsyen yang didakwa berbaur fitnah terhadap keluarga Sheila dan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha.

“Kami selaku admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan kapsyen mengenai Elisya dan Sheila.

“Dengan ini, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Jinggo (suami Sheila), Sheila, keluarga Elisya dan mengakui kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi lagi,” tulisnya dalam entri tersebut.

Selain permohonan maaf secara terbuka, pengendali Facebook berkenaan turut menitipkan pesanan kepada blogger lain agar sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita.

“Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat sesuatu hantaran kerana sesungguhnya, dosa, pahala, syurga dan neraka itu benar,” tulisnya.

Hari ini, blogger terbabit mencetuskan kemarahan Sheila selepas memuat naik kenyataan kononnya aktres itu pernah mencadangkan nama pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri untuk anaknya, Uzair Haqimy tetapi ditolak Janna sebelum memilih Elisya.

Disebabkan kapsyen tersebut, Sheila bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger terbabit yang didakwa menabur fitnah kepada keluarga, anak dan menantunya.

Menurut Sheila dalam laporan Kosmo! Online hari ini, keputusan tersebut diambil kerana dakwaan blogger berkenaan melibatkan maruah banyak pihak.

Terdahulu, Uzair dan Elisya selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis serba ringkas pda Sabtu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI