fbpx

Beberapa kawasan di Batu Pahat dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Taman Sri Wangsa, Batu Pahat, Johor mengambil kesempatan bermain air banjir dalam kejadian hari ini.

BATU PAHAT- Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama dua jam bermula pagi tadi selain fenomena pertembungan air pasang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd. Faezie Abdul Aziz berkata, hujan sejak pukul 8 pagi itu telah mengakibatkan Pusat Bandar Batu Pahat, Taman Sri Wangsa, Taman Flora dan Taman Pelangi, di sini dinaiki air sedalam 0.8 meter.

“Bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan keadaan cuaca sehingga pukul 10 pagi tadi adalah hujan separa lebat.

“Situasi itu termasuk fenomena air pasang setinggi 1.4 meter pada telah menyebabkan limpahan air ke kawasan yang terlibat dan kawasan berkenaan juga hampiran dengan muara Sungai Simpang Kiri,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, agensi berkaitan masih memantau keadaan dan cuaca dari semasa ke semasa termasuk di tempat-tempat rendah yang berisiko. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI