KOTA KINABALU – Anak lelaki bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta hari ini.
Mohammed Hayssam yang juga merupakan adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez, meninggal dunia pada usia 34 tahun.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa mengesahkan mengenai berita berkenaan namun tidak menyatakan punca kematian sebenar Allahyarham.
“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam Musa pada 24 Ogos 2021 meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini dan semoga Allah merahmati roh serta menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.
Terdahulu, berita berkaitan kematian anak Musa itu tersebar di media sosial selepas terdapat beberapa pihak mengucapkan ucapan takziah.
Bagaimanapun, kesahihan berita itu seterusnya disahkan melalui kenyataan media dari pejabat Musa dan sumber terdekat yang lain.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929